Jul 28, 2008

Senyumnya



Entah apa yang ada pada wajah cilik ini yang buat aku tersenyum setiap kali, aku sendiri kurang pasti. Yang nyata cuma satu - setiap kali aku pandang bibirnya yang merah jambu, matanya yang jernih berkaca dan pipinya yang munggil itu, hati aku terasa bagaikan 'kembang mekar berbunga-bunga', bak kata penulis-penulis novel picisan. Lidahnya belum reti berkata-kata, namun setiap dengusan, keluhan dan tangisan aku rasa bagaikan bisikan yang hanya aku sorang mampu dengar. Mungkin disebabkan dia terlalu jauh untuk aku belai. Mungkin kerana dia satu-satunya pengalaman yang paling hampir dengan menimang anak sendiri. Atau mungkin juga kerana dia yang merubah kakak ku menjadi ibu, kakak yang bagi aku masih gadis muda dan sementah diriku. Mungkin. Yang pasti wajahnya yang kaku menggayakan senyum buat lensa kamera bapanya adalah wajah yang aku bawa bermimpi setiap malam dan wajah yang menyambut ku dari tidur setiap pagi.